Wednesday, September 23, 2009

gathering 5 sc 2001

fussss....lamer aku x jumper korang ni....rindu la sngt kat korang...terubat ckit raser raya ni...you all are the best friends that i ever had...firstly thanks tuk hadir pada majlis yang x seberapa ni...sebenarnya nik wan ngan iju yg rancang benda ni...aku follow jek..sbb mmg dah lamer pun aku nak jumper korang seme...bnyk yg dah berubah...diri aku ni pun skang dah berubah..ader yang dah kawen, yg dah tunang, yang dah ader bby pun ader...tp aper yang aku perasan satu jer yg x berubah..PERSAHABATAN...xpernah kurang walau sedikit pun..still same like 7 years ago..hari tu bnyk yg disembangkan..mengenang kisah lamer, tngk gambar2 lamer..hehehe
kat sini aku ader selitka gambar untuk tatapan bersama...





gambar beraya 2009



Nukilan di Aidilfitri…

1 Syawal hari yang ditunggu2 semua umat Islam diseluruh dunia termasuklah aku..(puasa penuh beb thn ni…hehhehe)..pg yang penuh ketenangan, gmbira dan penuh dgn hilai tawa..best kalau dapat camni slalu..hehehhee..sedikit coretan dari aku buat kwn2 yg ader diluar sana…1 syawalAku bgn awl ritu..kul 5 pg dah sedar…semagat la punyer nak menyambut aidilfitri…pg yang tenang buar aku setelah hamper sebulam aku kat UUM (penjara pendidikan aku…huhu)…pg tu mcm2 la aku buat: sapu lantai,isi biskut dlm botol dan bantu mak ngan kak long wat kerja dapur..aku kesian tngk mak…dah hamper 2 bln xleh jalan sbb ghaut.( kalau korang ader cadangan caner nak ilangkan penyakit ni tolong la gtau aku…x sanggup tngk mak gitu)..ah! berbalik kat story aku td..lbh kurang kul 7.30 pg tb2 lak elektrik xder…bengang betul aku..nsaib baik la aku dah gosok baju aku sebelum ni…agak kalut la seme org…biler seme dah siap tiba lama msa nak bermaafan….sedih part ni…pada mak dan ayah aku mohon ampun dari mula aku lahir hingga la skang…Pastu tibe la saat nak bergambar…hehehhe Never forget retro!!!! Hero2 malaya..hak..hak… Eh dah la bergambar..nak pi semayang lak…segembira maner pun kiter jgn dilupakan yang maha Esa…pas semyang merayap la aku di bumi Allah untuk beraya…hehehhe…dah lamar xjumpa sahabat handai kerana semuanya busy memperjuangkan nasib, memprjudikan diri untuk mkeluar mencari rezeki…anyway whatever we do make sure that HALAL…hehehehe…ikhlas dari diri ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DAN MOHON MAAF ATAS SEMUA KESALAHAN..

Sunday, September 13, 2009

serabutnyer kiter....

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dan bermuka bersih di muka pintu rumah kita…
Apa yang kita lakukan???

Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta sangat agar Rasulullah S.A.W. sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita meminta pula agar Rasulullah S.A.W. menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan video, CD, DVD, movie ntah apa-apa yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu semuanya ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan poster-poster artis pujaan yang kita pasang di suatu ruang di rumah kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang dengan tergesa-gesa.
Barangkali kita akan mengeluarkan lafaz Allah dan Muhammad yang tersimpan di dalam setor dan kita letakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…

Bagaimana pula bila Rasulullah S.A.W. bersedia untuk menginap di rumah kita???
Barangkali kita teringat bahawa adik-adik kita lebih hafal lagu-lagu Barat daripada menghafal selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.
Barangkali kita menjadi malu bahawa adik-adik kita tidak mengetahui sejarah hidup Rasulullah S.A.W. kerana kita lupa dan lalai mentarbiyah adik-adik kita sedangkan kita adalah pelajar sekolah agama.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu apabila kita tidak mengetahui dan mengingati nama-nama ahli keluarga Rasulullah dan sahabat-sahabatnya,
Tetapi yang hafal dalam kepala otak mengenai anggota Westlife, Spider, KRU, Ungu…
Barangkali kita terpaksa menukarkan satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa sebagai seorang muslim, kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah S.A.W.
Baginda tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku-buku dan majalah-majalah kita
Belum lagi koleksi cd-cd kita dan home theatre kita
Belum lagi koleksi karaoke kita dan play station kita
Kemana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati Junjungan kita??
Barangkali kita malu diketahui Junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang melainkan pada hari Jumaat.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib kita masih sibuk di depan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari hiburan dan keseronokan duniawi
Barangkali kita menjadi malu kerana kita jarang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di hadapan rumah kita
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita
Betapa senyum Baginda masih di situ…

Barangkali apabila Rasulullah S.A.W. tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan
Masihkah kita memeluk Junjungan dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita??
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal-hal yang membuatkan kita kalut dan malu

Maafkan kami Ya Rasulullah……….
Masihkah Baginda tersenyum???
Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir………
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini
Di mata Rasulullah….

emak dan anak..


Kisah utk renungan...

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak
dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita..

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis² ILMU. Mudah²an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.
Wassalam.

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

Saturday, September 12, 2009

cornflakes raya!!!!cuber


120 g mentega
175 g tepung gandum
1 biji telur
100 g gula
1 camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
125 g cornflakes (hancurkan sedikit)
ceri merah/hijau (optional)


cara membuat :

1. panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius
2.cara penyediaan adunan :
(a) Pukul gula dan mentega sehingga kembang
(b) masukkan telur dan esen vanila sedikit demi sedikit, putar
(c) Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik
(d) campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega, gaul rata
(e) Sudukan adunan ke atas dulang.Hiaskan dengan ceri.
3. Bakar di dalam ketuhar sehingga warna keemasan
4. Angkat dan sejukkan di atas redai kek.
5. Hidangkan.


Selamat mencuba!! (gambar pemilik resepi..hehehe)

pilihlah ISTERIMU dengan tepat.....

Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan

iaitu:

*pertama seperti tabiat babi
*kedua seperti tabiat kera
*ketiga seperti tabiat anjing
*keempat seperti tabiat ular
*kelima seperti tabiat baghal
*keenam seperti tabiat kala
*ketujuh seperti tabiat tikus
*kelapan seperti tabiat unggas
*kesembilan seperti tabiat serigala dan
*kesepuluh seperti tabiat kambing.

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan

makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi

tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal

yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.


2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah

dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan

dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.


3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya

dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik

suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta

pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan

lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.


4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang

ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan

adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.


5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-

kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang

itu.


6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran

sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia

dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan

tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu

tiada masuk syurga".


7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya

daripada suaminya.


8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat

dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan

daku dan engkau kasih orang lain.


9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka

pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti

katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.


10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah

perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang

kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)